Saturday, December 13, 2008

Hari Raya Aidiladha (Raya Korban)

Sempena hari raya korban lepas, aku amik kesempatan untuk buat akikah untuk Alesya Jasmeen... So aku amik 1 bahagian dan adik aku amik 1 bahaigan jugak untuk anak nyer iaitu Ariana Irdina... So, ada lah adegan jual beli... Cuaca pun mengizinkan hari tu walaupun mendung...
Adegan jual beli... kena ader niat
Tu dia cara nak bayar...

Disaksikan oleh 3 jelitawan....


Itu Hanz, hubby Mawar... Lembu yang kita orang beli jinak sungguh... siap boleh bermanja lagi lah... itu yang si Hanz suka sangat tu...

Sempat lagi bergambar...

Dah tiba masa nyer untuk tumbang kan si hitam.. tapi maaf yer tak dapat nak tunjuk aksi2 yang lain... tak elok untuk tontonan umum... yang penting niat kami.

Mummy melihat dengan penuh kerisauan...

Ini saja jer nak test lompat sapa paling tinggi...

Selesai sudah di sembelih, sekarang tiba masanya untuk melapah... ini sepupu aku, dia mintak kalau boleh nak masuk blog aku jugak... nak glamour you... hee... Nama Suri...

Ini pertama kali hanz melapah lembu, kata nyer seronok... kalau boleh next year nak buat lagi kerana ada sebab... nak tahu kenapa? terus kan membaca.....

Ader sedikit jamuan di buat setelah selesai melapah... mak ai memang ramai saudar mara yang datang... nasib baik sewa kemah kecik satu....

Nak tahu kenapa dia nak datang lagi, pasal... Eeee.., best nyer.... Mawar Elisa adik aku dia disahkan mengandung... Positif.... lama jugak dia tunggu 3 bulan kot kalau tak salah aku la.... tahniah Mawar dan Hanz.... bertambah la anak buah aku...

Ini Ariana Irdina binti Mohd Syahrom Masri... si bulat yang comel

Keletihan

dan masih lagi letih...

Macam mana tak bulat comel... eee... geram nyer....

Sepupu, Alesya Jasmeen binti Mohd Syahrul Rezal & Ariana Irdina binti Mohd Syahrom Masri...

Dapat hadiah topi dari Abie.... (Panggilan untuk Rory adik aku da....) thanks Abie

Umi, Ariana & Abie

2 bln lebih & 9 bln lebih.... hmmmm..... "alesya" ader potensi nak bulat jugak tu...

8 pagi 3 pagi

Biasa la kalau musim cuti sekolah, inilah kerja kami anak beranak... aku pasang pelamin, intan make up... penat tak terkata... nak on computer pun tak sempat. Keluar rumah pukul 8 pagi, balik pukul 3 pagi... rindu kat anak2 tuhan saja yang tahu. Call ajer la tanya khabar. Dia orang kami tinggal dengan Baba tok & Mama tok... pasang pelamin ni kerja lepas raya korban... nak tengok gambar raya korban, heee.. seronok....

Monday, December 1, 2008

Sungai kelantan, di jambatan ke Tendong.

30hb November 2008, Tendong, Melaporkan sungai kelantan di bawah paras berjaga-jaga... heee... ini gambar 2-3 hari lepas. Kita orang mengambil kesempatan dan menikmati cuaca tak menentu sekarang di kelantan... Ader jugak yang berhenti tengok. Itu pun hujan berhenti sekejap. Air sungai memang deras.

Ini majlis menyambut menentu pada 29hb... kat area tepi sungai kelantan. Hujan turun dari awal pagi hingga lewat petang... aku kena pegang payung sambil tangkap gambar. Memang susah Ooooo... tapi kena hati2 takut kena air...Inilah pengantin nyer....

Thursday, November 27, 2008

My Adventure....

Sesuatu yang senang bagi kita, dan sesuatu yang susah dan baru bagi mereka. Itulah yang aku amati setiap hari. Bagi aku mungkin itu suatu kebahagiaan dalam hidup aku, iaitu melihat mereka membesar dihadapan mata ku. Tapi sungguh kelakar dan penuh bermakna. Nak tolong ker nak tengok jer? Kalau tolong sampai bila? biarlah mereka sikit2 berdikari. Nanti mudah nak hidup dalam dunia yang penuh sophisticated nie. Jangan manja sangat... Tapi dia mintak itu ini semua beli, heee... anak katakan... heee...





Berjaya akhirnyer dengan usaha sendiri... ada aku tolong sikit2... hee... lama sangat tunggu nak tengok dia pakai dan jalan... heee... kecik-kecik kita lah cikgu, ibu bapa dan kawan mereka. Apalah guna nyer kita sebagai mak bapak.... Nak tunggu yang nie pulak...

Alahai buah hati daddy dan mummy nie...

Monday, November 24, 2008

Mamaku yg cun, Jalan2 & Mummy makeover

Mama ku yang cun, hmmm... skrg mama dah masuk usia 50 tahun, siapa sangka. Ini kalau masuk majalah masih dapat sambutan lagi nie... heee... sebab tu baba jatuh cinta dengan mama... Syurga dibawah telapak kaki ibu... love you mama.Hari nie kita org ker rumah Atuk Saudara aku kat pintu geng. Kawasan nie selalu banjir... kalau banjir rumah bawah tengelam paras siling rumah. So, mereka semua akan berada tingkat atas sampai banjir surut. Kalau nak kemana-mana kena tumpang naik boat atau kirim ajer makanan. Kenapa dia tak pindah? hmmm... sebab itu sahajalah tanah yang dia ader. Dia sayang tanah tu sebab kat situlah dia membesar...

Nie pulak Baba tengah posing kat tangga rumah Pok Ngoh, itulah panggilan atuk saudara aku. Nama sebenar pun aku tak tahu... dari dulu sampai sekarang itu adalah nama yang sering aku panggil dia...

Kalau banjir, tangga nie tenggelam habis... perghhh.. tinggi aku 6 kaki, pegang siling tingkat bawah pun tak sampai, tinggi nyer.... kalau banjir dia mintak aku datang rumah, boleh main air. Aku nie untung batu, bukan untung sabut....


Ini Alesya Jasmeen pada usia 2 bulan 11 hari today.... makin jelita anak dara Daddy & Mummy...
Mummy hair do make over.... Sebenarnya mummy dah mengidam lama nak buat rambut tapi masa tu dia dalam pantang lagi. Tapi di nasihati supaya buat lepas 2 bulan pantan la... itu nasihat org tua2.... dia dan aku sendiri pun tak pasti kenapa. Tapi nasihat org tua jangan langgar, kita ikut jer... So, today dapat la mummy buat rambut... Mummy nie kalau buat rambut cun habis, baru la glamour... cik andam dia kena nmpk vouge daripada org lain... baru org percaya kan???? hee..

Sooo.... apa pendapat you all? hee... musim hujan sekarang nie, Shhhh.... heee....

My little angel...

Wednesday, November 19, 2008

Inilah kerja photographer, job 2-3 hari lepas

Minggu lepas aku ader kerja kat "Tendong"... pengantin tak amik pelamin, bilik jer. So, kena improvice sikit kat halaman rumah dier. Dulu aku jadikan 'amik gambar' nie satu hobi jer, tak sangka jadi pekerjaan. Kadang2 penat giler... mahu tak nyer kalau dah cuaca panas dan di tambah keadaan rumah yang tak masuk angin... perghh... berpeluh you... itu di namakan kerja.

Gambar nie Intan capture, aku asyik sedang buat kerja... kauorg (mana2 lelaki) pilih la yang mana berkenan dihati, semua dah berpunya kuang kuang kuang... penat mintak senyom, macam tu jugak dia org senyum, heee...

Ini lah antara hasil nyer...

Oleh kerana Eza & Izzat malu nak bersanding, aku paksa amik gambar kat luar umah. Tak jauh pun dekat jer... seronok jugak...
Itu lah Intan, kerja dia tak boleh tengok pengantin selekeh contoh tudung senget ker, kurang make-up ker... kain senget ker... dah nama Cik Andam. Tapi dia seronok kerja nie... nak tahu kenapa seronok? kena la tanya dia...Dalam pengambaran nie ader citer, sebenarnya si Izzat nie baru di timpa kemalangan. Di kerja kat kilang kayu, salah satu kayu jatuh atas kepala. Dapat 5 jahitan kat kepala, baju banyak darah... itu kejadian 2 hari sebelum hari akad nikah. Aku kata nasib baik tak koma kan? atau lupa ingatan sekejap,"Aku kahwin ker hari nie?" heee.. contoh la.. apa2 selamat menonton..

Thursday, November 13, 2008

Azam baru....hmmm....2009...apa yea?

Nie aku nak kongsi bersama;

Dulu aku ader boss yang sporting. Banyak aku belajar dengan dia tentang kehidupan. Dia cakap dengan aku,"Apa azam awak tiap2 tahun?". Mesti ader jer azam baru kan? Dalam kehidupan tak semua kita boleh dapat dan idam2 kan... dari tahun mebawa ketahun yang baru. Kalau nak di kira berpuluh-puluh azam dah aku hitung, yang menjadi mungkin 2-3 jer kot... heee...

Lagi dia kata,"kau senarai kan 5-10 jer Azam jer untuk SEUMUR HIDUP kau". Apa yang selebihnyer kadang2 mengarut jer... kau target benda yang penting jer dalam kehidupan. Amik yang besar2 jer, contoh: Rumah, kereta, family, anak.... dan lain2 yang. Tapi paling penting dapat buat Haji, Jaga org tua kita, Tolong org susah... tapi mungkin itu tak der dalam AZAM kau kan? heee... dia gelak.... kebanyakan kan azam untuk kita jer kan. Penting diri sendiri....

Apa2 pun yang penting kita heppi... terfikir aku sejenak, betapa jauh nyer pandangan dia... apa yang dah aku buat untuk family aku tahun nie... hmmm....Apa tengok2, haa! apa azam tahun depan?

Sunday, November 9, 2008

Makan colek di PCB

Gambar nie di ambil dekat parking area D'mara. Kami ader kerja sikit kat situ, tapi macam biasalah aku dengan kamera skrg tak dapat dipisahkan. Kebelakangan nie cuaca tak menentu di kota bharu... mendung tapi tak hujan, panas tapi turun hujan... nak masuk musim tengkujuh la katakan. Banjir nie ader manafaat nyer dan ada keburukan nyer, biasa lah... Ramai yang keluar menjaja dan berniaga. Ambil kesempatan, menjadikan banjir satu pesta. Penyakit pun banyak datang, taun, gatal2 badan... tapi lepas banjir kota bharu jadi bersih dari sampah... tengok kawasan la jugak. Ada yang bawak sampah... heee... yang terapung tu, eeee.... submarine.

Hari nie masa kat D'mara ramai la pulak peronda MPKB, biasa lah, kalau tak isi tabung nie mesti kena saman punya. Tabung nie kalau kira mahal jugak. Nak parking kat KB mall jauh... heee... Sistem nie aku tengok masih praktikal di gunakan di kota bharu sebab ramai yang bawak duit syling. tak payah jalan jauh.

Kat tempat luar pakai card, bayar satu tempat lepas tu letak kat dashboard kereta. Cerewet jugak, kena jalan jauh, kalau tak ingat no kereta pinjam kena patah balik, hee.. ataupun beli monthly parking fee... apa2 patuh arahan, semua keperluan rakyat. Kongsi bersama...
Mama dan Alesya Jasmeen
Baba teringin nak makan colek kat PCB, so bersantai kita org ker PCB. Tak lepas aku amik gambar, nak bawak Alesya kat tepi pantai tak elok kata mama... So dia berada kat kedai makan. Dapat jugak amik gambar baba tok dan benjamin posing kat tepi kayu hanyut.
not much to say, we love you so much...












I finally found someone, who knock me off my feet, I finally found the one, who can make me fill complete... lyris quote from "barbara streisand and brian adam".

Aku ader cerita nak kongsi bersama masa sekolah2 dulu, masa tu kejadian kat PCB jugak. Aku dengan member pergi makan angin lepas sekolah, so kita org duduk kat situ lama jugak. Masa time nak balik aku cari kunci moto, hilang la pulak... satu pantai PCB aku cari...biasa la tertimbus dalam pasir. Aku mintak tolong dengan sapa2 yang nampak kunci motor aku. Nasib baik la ader couple cina jumpa. Dia pun tolong cari. Kalau dia org masih ingat, aku nak ucap terima kasih banyak2 kat org tu.... heee kenangan masin, sebab kat tepi pantai...