Friday, October 31, 2008

Ruza & Amir kahwin, best friend Intan

A'kum, seperti yang di janjikan, pada 31st Oktober 08 berlangsung nye majlis akad nikah kawan Intan. Tapi aku bukan photographer nyer. Cuma amik suka2 untuk kawan Intan. Dia amik photographer dari MANGGIS, rasanye. Aku nie apa la sangat... Sebenarnya tak best nak kacau org amik gambar, aku tahu... so, amik mencelah jer... tadi dia akad nikah... 1 lafaz jer. Intan tengok kawan dia di make-up kan, so tambah la pengalaman sikit. Maklum la kita org nie org baru dalam bidang nie... tngk la yer.Macam2 posing kena buat, heee... tapi dia org kena buat "shooting" banyak malam nie, entah la.... pukul berapa siap nie sebab masih ada 4 persalinan. Cameraman Manggis pun cakap,"pukul 12 la aku balik malam nie, heee... Kerja bang nak buat macam mana... tapi dapat bayaran hilang letih...
Nie Ogy sebelum jadi isteri orang... Amir sebenarnya nervous jugak, tapi malam sebelum tu dia ader jumpa aku kat rumah Intan nak amik barang. So, bagi la tips sikit... Hari nak angkat nikah dia nampak aku berdiri kat depan pintu, kata nyer hilang nervous sikit. Aku bagi semangat apa yang patut... 1 kali jer dia lafaz... congrat Amir, dah jadi suami... take care of Ruza, be good, be kind... hope we can see little amir & ruza next time...
Ini gambar keesokan hari nyer... Sanding day - 1st November 2008... meriah giler, 1o kemah... Gambar nie aku amik free style, semua family belah Intan... aku bertuah kerana ader family yang sporting sangat2... OGY & AMIR, selamat pengantin baru kekal hingga ka akhir hayat...Ogy & Intan best friend for lifeRamai jugak kawan sekolah mereka yang datang, ader lagi yang single dan available... heee, jgn marah... Mungkin Isnin atau selasa kitaorg balik kelate. Baba tok & Mama tok rindu cucu, duduk lama2 kat kl bukan dapat duit, makin kurang ada la...

Thursday, October 30, 2008

Kitaorg balik kampung, rawang

Hari nie kitaorg balik kampung Intan, Rawang Selangor. Tengok jalan kosong jer, maklum ler hari khamis... heee.. best bawak kereta, tak payah nak potong memotong... cepat la jugak kitaorg sampai KL, start pukul 1.15 sampai 7.15... bagi kitaorg cepat la pasal bawak Proton Juara - top speed pun 110 jer... tak boleh bawak laju2 pasal ader org baru...

Tu dia org baru nak balik Kampung, first time nak jumpa makcik, atok, nenek, Onyang, Sepupu sepapat dan lain2. Kira ramailah, sampai tak terkira. Benjamin dodok depan jadi Ko Pilot daddy, tapi membuta.... heee... Alesya kjp tido, kjp bangun.

Dalam juara ader macam2, beras seludup pun ader, ader org tempah. Dah kena sekali beras cap pisang, guarantee nak lagi. kan aku jugak yang susah. heeee... Lepok durian pun ader... kami balik tak lama, ini pun ada kawan Intan nak kahwin. Ogy nama nyer, kira kawan karib dari sekolah Sekolah Menengah Seri Garing. Intan tak der tak sah, nanti aku upload kan gambar kawan Intan nie. Aku ngan intan hanya penonton jer... dia dah upah org kl... lagi pun aku org jauh

Kalau tengok terowong nie mesti dah nak sampai, yahoo... siapa2 pun mesti kenal dengan terowong nie kan? best...

Sunday, October 26, 2008

Ariana Irdina

Untuk tontonan umum... Ini 'Ariana Irdina" anak kepada adik gua, Rory dan Jie (Isteri), sepupu kepada Adib Benjamin & Alesya Jasmeen DAN anak buah aku daaa... Comel kan? So, cucu ke dua bagi Baba tok & Mama tok...

Potrait of Mummy - Mawar and Hanz

Hi, jarang2 kita kena tunjuk sikit muka Isteriku yang cun melecun nie, bukan nak sohor, mmg cun pun, heeee.... aku suka amik gambar dia pasal muka dia PhotoGenic. Mana2 angle yang aku amik muka dia ok. Dia nie berdarah sharipah sikit, org kata muka macam arab2 sikit ("tokseh"-kata ore kelate). Walau macam mana pun aku suka amik gambar dia... jgn marah.
Intan nie dia suka make up, sebab tu dia jadi make-up artist. Belajar lain kerja lain. Nak buat macam mana, itu kira minat atau hobby, so bagus untuk diri. Boleh buat perniagaan. Janji kita ikhlas, jujur dan rajin...
Ini pulak gambar adek aku, Mawar dan husband dia Hanz. Dia nie kuat merajuk... nak buat macam mana anak bongsu katakan... aku dengan dia sama birthday. Dia marah, setiap kali birthday kena split hadiah, heee... nanti dia akan ingat kat aku walau kemana dia pergi, sama jugak untuk aku...

Wednesday, October 22, 2008

Day at Pantai Irama Bachok

Aku beli camera & lens baru, testing kat pantai bachok. tengok result mengancam. Betul kata org, 50mm lens memang cantik, kelemahan cuma tiada zoom. Gambar sharp giler...
Setiap kali pergi bachok mesti nak suruh Benjamin main air pantai, tapi dia takut... budak2 seronok tengok air, dia pulak lari. Peluk jer kaki sapa2 yang dekat. heee...Ini adalah salah satu contoh, sticky spiderman... heee... mungkin dia takut air tu bergerak kearah dia kot (Ombak) kalau sikit2 tak per la, ini bnyk mesti la takut, heee...

Hang on to baba tok........

Sunday, October 19, 2008

next top model & dari kaca mata daddy

Kecik2 dah pandai posing... Anak mummy

Alesya Jasmeen dari kaca mata daddy

Promosi Akhir Tahun 2008 "Intan Bridal"


Assalamualaikum semua... pejam celik pejam celik, Intan Bridal, kota Bharu dah masuk 1 tahun. Kami pada awal nyer tak berapa pasti, selepas persetujuan dengan semua pihak serta ahli keluarga termasuk inverstor kami telah bersetuju untuk menubuhkan 'Intan Bridal' iaitu pada September 2007. Hasil berkat keazaman kami serta nasihat dan kritikan yang diterima, kami berjaya dan akan terus kekal sampai bila-bila, insyallah. Kami berharap sahabat dan family menyokong kerjaya kami 100%. Setiap company mesti ada peningkatan dan penambahan. So, kami mengadakan promosi akhir tahun intan bridal 2008. Intan bridal akan menaikan harga untuk tahun 2009 oleh kerana citarasa, design2 pelamin sekarang dah canggih2... harga barang baru pun canggih2. Kenaikan tu kami belum pasti lagi... kita tunggu tahun hadapan. So, kalau nak kahwin kat kelantan guna service "Intan Bridal" tu lekas2 la booking yer? heeee...