


heee... seronok nyerrrr.... akhir bulan nie kita orang nak balik rawang... naik air asia... Alesya first time naik flight... tak tahu la macam mana dia rasa...



heee... seronok nyerrrr.... akhir bulan nie kita orang nak balik rawang... naik air asia... Alesya first time naik flight... tak tahu la macam mana dia rasa...
Siapa tahu, tup tup Alesya Jasmeen dan 4 bulan... berat tuan punya badan 7kg... semangat. Kalau orang tanya, tengok la mak bapak dia, heee... skrg nie suka borak2... suara pun lantang, nangis tak kuat, orang perempuan katakan... yang best nyer dia minat betul dengan baba tok. Tengok muka baba tok pun dah senyom...belum baba tok keluar suara... tapi kalau kita orang, hampeh... nak kena ajuk-ajuk dulu (agoh dulu) baru ader respond... Gambar nie kat depan JKR... ader kiosk Char Keuh Teow best... siapa tak pernah merasainya rugi.... siap iklan lagi tu... 5 ptg hingga 9 mlm sahaja...Aku sekarang bukak pusat cuci kereta lebih di kenali "Kota Baru BayWash", di bawah jagaan adik aku Mawar Elisa & Sarhan Lutfi (Suami). So aku tak boleh involve sepenuhnya dengan projek nie, pening Oooo... mana satu nak jaga. Kalau blogger ader rasa nak cuci kereta, boleh la datang yea... aku ader nak buat sikit tambahan iaitu gerai makan dan internet percuma kepada pelanggan yang datang cuci kereta... tapi projek tu coming soon... so doa kan agar business kami berjaya...

Ini pulak kejadian accident yang menguntungkan... nak tahu kenapa? aku sebenar nyer on the way nak amik gambar kat Bukit Marak... nasib baik awal sikit... kalau tak lewat la aku... terus menonton...
Nak jalan pun susah, sbb ramai yang berhenti tolong...
Kejadian yang masih hangat, tetapi semua mangsa selamat...
Dinyatakan bahaya treler tersebut cuba mengelak sebuat van yang cuba memotong... memandangkan tak sempat treler tersebut membuat emergency brake... katanya jatuh slow-motion...
memang ramai lah yang nak tolong... nak tahu kenapa?
Rasa nak tolong sangat2 pun ader... nak tahu kenapa?
Rupa2 nyer treler nie membawa beras... rami yang tolong kutip... bos syarikat tu kata yang jatuh tu kita orang sedekah.... mmg berguni-guni yang jatuh... heee... accident best... 

















2 bln lebih & 9 bln lebih.... hmmmm..... "alesya" ader potensi nak bulat jugak tu...
Sungai kelantan, di jambatan ke Tendong.
Ini majlis menyambut menentu pada 29hb... kat area tepi sungai kelantan. Hujan turun dari awal pagi hingga lewat petang... aku kena pegang payung sambil tangkap gambar. Memang susah Ooooo... tapi kena hati2 takut kena air...
Inilah pengantin nyer....
Sesuatu yang senang bagi kita, dan sesuatu yang susah dan baru bagi mereka. Itulah yang aku amati setiap hari. Bagi aku mungkin itu suatu kebahagiaan dalam hidup aku, iaitu melihat mereka membesar dihadapan mata ku. Tapi sungguh kelakar dan penuh bermakna. Nak tolong ker nak tengok jer? Kalau tolong sampai bila? biarlah mereka sikit2 berdikari. Nanti mudah nak hidup dalam dunia yang penuh sophisticated nie. Jangan manja sangat... Tapi dia mintak itu ini semua beli, heee... anak katakan... heee... 

Berjaya akhirnyer dengan usaha sendiri... ada aku tolong sikit2... hee... lama sangat tunggu nak tengok dia pakai dan jalan... heee... kecik-kecik kita lah cikgu, ibu bapa dan kawan mereka. Apalah guna nyer kita sebagai mak bapak.... Nak tunggu yang nie pulak...
Alahai buah hati daddy dan mummy nie...